Peluang Setahun Sekali yang Dinanti-nantikan Kini Menjelma Lagi.
Mahukah Terlepas lagi?

Ramadan, bulan untuk mentaati perintah Allah dan bulan untuk ‘tamak pahala’ datang lagi. Ganjaran pahala berganda, dikatakan sangat mudah dilaksanakan. Itulah tanda kasih sayang Allah pada kita — buat sikit pahala bertimbun. Bagaimana jikalau buat lebih banyak lagi?
Memberi makan orang yang berbuka puasa, salah satu cara mudah, buat sikit dapat banyak pahala:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut” (HR: Tirmidzi, 807).
Jumlah makanan yang disedekahkan itu bukan ukurannya. Memadailah mengikut kemampuan, sebagaimana hadis sahih:
“Jagalah diri kalian daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sepotong kurma.” (HR: Al-Bukhari, 3595)
Sepotong kurma itu sebagai kiasan, sedikit sahaja sedekahnya, impaknya teramat besar.

Kami sedang mengatur program Infaq Kurma Ramadan. Setiap orang berpeluang untuk berinfaq kurma Ajwa Madinah. Infaq tersebut kita kongsikan untuk membeli kurma dalam kotak 5kg (1 karton).
Kurma untuk berbuka puasa, hasil dari infaq anda itu kami hantar ke tempat-tempat yang memerlukan sepanjang Ramadan:
- Kawasan pedalaman Malaysia terutama untuk mereka yang belum pernah merasa kurma Ajwa (sunah Nabi).
- Kawasan pedalaman Acheh, Surabaya, Pattani, dan Kemboja. Mereka juga amat jarang atau tidak pernah berbuka puasa dengan kurma Nabi (Kurma Ajwa).
- Pusat Tahfiz, Madrasah di Malaysia, Acheh, Surabaya, Pattani, Kemboja.
Mengapa kurma? Sebab mengikuti hadis sahih ini:
“Apabila salah seorang di antara kamu berbuka puasa, hendaklah dia berbuka dengan kurma, tetapi jika tidak, hendaklah berbuka dengan air kerana air itu suci” (HR: Abu Daud, 2355).
Boleh infaq sebarang amaun:
- 1 karton 5 kg Kurma Ajwa = RM250
- 1 kg Kurma Ajwa = RM50
- 100 gm Kurma Ajwa = RM10
Untuk mula berinfak Kurma Ajwa, sila bank-in atau QR Code:
- Nama : Khidmat Nusantara Resources
- No akaun Maybank : 562209719982
- Sila tuliskan catitan : INFAQ KURMA
Atau QR Code / Pembayaran melalui Toyyibpay:
Selepas bank-in atau QR, sila share Whatsapp slip bank-in kepada Ahmad Shahrir, :0133312880 untuk tujuan rekod.
JANGAN SAMPAI TERLEPAS, buat sedikit pahala bertimbun di bulan Ramadan ini.
