Inilah Peluang

Infaq Al-Quran Diperlukan.

Satu Naskhah,

Sejuta Ganjaran!

_

“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya).”

(HR : Bukhari dan Muslim)

  • Infaq Al-Quran
  • Infaq Iqra'
  • Infaq Makanan
  • Infaq Overhead

Infaq Al-Quran

Permintaan makin bertambah. Mereka perlukan al-Quran – untuk dibaca, dihafal, dan mengganti yang sudah lusuh. Pahala? Terus mengalir untuk mereka dan para penginfaq.

Infaq Iqra’

Permintaan buku Iqra’ semakin meningkat. Ia asas penting untuk belajar dan mahir membaca al-Quran. Tanpa Iqra’, sukar kuasai bacaan al-Quran dengan betul.

Infaq Makanan

Peluang besar untuk bersedekah! Pelajar madrasah perlukan makanan setiap hari. Sumbangan anda membantu pelajar madrasah terus mempelajari Al-Quran.

Infaq Overhead

Perbelanjaan bulanan madrasah 100% bergantung kepada infaq. Hulurkan sedekah untuk bantu tampung gaji guru, penyelenggaraan, pembinaan, dan keperluan lain setiap bulan.

Madrasah Dalam dan Luar Negara Memerlukan Infaq

Dalam keperluan mendesak, inilah peluang terbaik untuk berinfaq. Sejak 2013, kami membantu lebih 20 madrasah dalam dan luar negara – semuanya bergantung 100% pada infaq anda.

Pelbagai Permintaan Infaq untuk Keperluan Madrasah

Kami sering menerima permintaan bantuan daripada madrasah dari dalam dan luar negara. Antara yang dimohon: bantuan kewangan, naskhah Al-Quran ntuk menggantikan yang lusuh, dan buku Iqra’.

Infaq Al-Quran

Ganjarannya Tidak Terputus

Infaq Al-Quran untuk pahala berterusan walau selepas meninggal dunia. Permintaan Al-Quran sentiasa ada untuk pelajar baru dan ganti yang sudah lusuh dan lama.

Infaq Buku Iqra’

Asas mempelajarai Al-Quran.

Buku Iqra’ adalah langkah pertama untuk mempelajari dan membaca Al-Quran. Ia amat diperlukan untuk membantu mereka mulakan perjalanan penuh hikmah ini.

Infaq Makanan Harian untuk

Pelajar Madrasaah

Pelajar Madrasah memerlukan makanan dan minuman setiap hari. Infaq anda digunakan untuk membeli bahan mentah, menggaji tukang masak, dan menampung keperluan dapur harian.

Bantuan Amat Diperlukan untuk Kos Operasi Madrasah

Lebih 20 madrasah yang beroperasi memerlukan RM151,000 sebulan, sepenuhnya bergantung pada infaq awam. Kos merangkumi gaji guru, utiliti, penyelenggaraan, pembinaan, dan keperluan lain.

Selagi Masih Berpeluang

Peluang Akan Hilang, Suatu Masa Nanti…

_
Sudah terlampau kerap kita membaca makna Al-Quran dan hadis mengenai kebaikan bersedekah hinggalah akan dibawa ke akhirat. Namun dilbiarkan begitu saja kerana menyangka, nanti ada lagi peluang. Sesungguhnya, peluang itu tidak pernah berpanjangan. 

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki.”

Surah Al-Baqarah, ayat 261

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka nafkahkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan tidak (pula) dengan menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka.”

Surah Al-Baqarah, ayat 262

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari, secara sembunyi atau terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka.”

Surah Al-Baqarah, ayat 274

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.”

Surah Al-Baqarah, ayat 195

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kepada mereka.”

Surah Al-Hadid, ayat 18

“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa serta membenarkan pahala yang terbaik, maka Kami akan mudahkan baginya jalan menuju kemudahan.”

Surah Al-Lail, ayat 5-7

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Dia melipatgandakannya untukmu dan mengampuni kamu.”

Surah At-Taghabun, ayat 17

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya.”

Surah Al-Baqarah, ayat 245

“Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: ‘Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sebentar saja, agar aku dapat bersedekah.”

Surah Al-Munafiqun, ayat 10

“(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) di waktu lapang dan sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya serta memaafkan (kesalahan) orang lain.”

Surah Ali ‘Imran, ayat 134

Pertolongan, bantuan, Infak dari anda amat diperlukan. 


Tanpa pertolongan anda, sukar kami meneruskan operasi. Kerana itulah mari sama-sama kita membantu mereka yang
sangat memerlukan. Semoga kita sentiasa beroleh ganjaran dan kebaikan berganda-ganda, berterusan dari dunia sampai akhirat.